Monday, 21 May 2012


LIMITASI TERAPI REALITI

1.      Terapi ini cenderung memfokuskan kepada tingkah laku semata-mata tetapi seseorang manusia itu adalah unik dan bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi,persepsi,kognitif,deria dan sebagainya.Oleh itu , jelas menunjukkan bahawa terapi ini mempunyai keuapyaan yang terbatas.

2.     Terapi ini juga menekankan kepada konsep masa sekarang dan disini dan di dalam situasi yang sedar tanpa mengambil kira konsep-konsep yang tidak sedar serta sejarah hidup klien.

·        Walhal, setiap manusia berkemungkinan bersekongkol dengan masalah yang disebabkan oleh factor biologi,fantasi,sistem kepercayaan,nilai dan lain-lain lagi.

·        Terapi realiti juga amat bergantung kepada bahasa.Klien bersifat pendiam dan lembam adalah tidak sesuai untuk Terapi Realiti.

·        Terapi Realiti kurang menyediakan situasi pembelajaran kerana siftanya yang agak mendesak dan mengongkong.Oleh itu,klien tidak kreatif dalam membuat keputusan dan akhirnya bergantung kepada kaunselor. 


3.     Kaunselor juga dianggap tidak bermoral kerana terlalu bebas dan terbuka sehingga kerap mendesak klien membuat satu keputusan,maka ini akan menimbulkan kesan negatif ke atas klien.

§  Berkemungkinan klien akan melakukan atau mengubah fikiran untuk mengikut atau akur dengan nasihat serta petunjuk yang dikemukakan oleh kaunselor. 

Lagi tentang Terapi Realiti


RINGKASAN REALITI TERAPI



Manusia memilih tingkah laku yang mempunyai tujuan dam memenuhi nlima asas utama iaitu:
kelangsungan hidup,rasa ingin dipunyai,mempunyai kuasa,kebebaan dan keseronokan.


Motivasi bermula dari keinginan sekarang dan disini untuk memenuhi satu atau lebih dari sumber-sumber tingkah laku.Motivasi yang paling penting ialah untuk mengekalkan serta membentuk perhubungan dengan manusia lain.

Matlamat

·        Menggalakkan klien bermotivasi,bertanggungjawab terhadap rancangan tindakannya kearah perubahan tingkah laku membina identiti yang berjaya.

·        Membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya. 

·        Membantu klien mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang ada di sekelilingnya dan juga bentuk-bentuk halangan –halangan yang wujud. 

·        Membantu klien agar mantap dari segi psikologi dan lebih rasional dalam mebuat tindakan dan pemikiran.

·         Membantu klien mencari jalan yang lebih  berkesan bagi memenuhikeperluan mereka dari segi  kepunyaan,kebebasan,berkuasa dan berseronok. 

·        Memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien meningkatkan kesedaran itu.

·        Membantu individu dalam menentukan dan menperjelaskan tujuan-tujuan mereka. 




Proses perubahan.

§  Perubahan berlaku apabila klien dihubungkaitkan dengan kaunselor dengan ahli terapi apabila berrlaku hubungan  yang terapeutik.

§  Klien mengalami satu perhubungan yang efektif dan menyumbangkan kepada perubahan jika kaunselor berkemahiran dalam membantu klien dalam menjelaskan keinginan,menilai  tingkah laku dan membuat perancangan efektif.Klien belajar bahawa walau apa pun masalah yang terjadi, mereka sentiasa ada pilihan.

Intervensi

v Formula WDEP merumuskan pelbagai intervensi oleh kaunselor dan ahli terapi.

v Mereka membantu klien mengenal pasti dan menjelaskan keinginan spesifik,termasuk apa yang mereka kehendaki dari proses kaunseling.


v Kaunselor atau ahli terapi membantu klien untuk menjelaskan setiap aspek tingkah laku dan menilai kesesuaian keinginan dan keberkesanan tingkah laku antara mereka.

v Mereka kemudian membantu klien formulasi rancangan yang boleh dilakukan untuk memenuhi keinginan.

^_^

Sumbangan Terapi Realiti




Teori ini sangat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan dalam bentuk kaunseling misalnya kaunseling kanak-kanak , remaja , ibu bapa , dewasa , dalam perkahwinan, keluarga dan kaunseling kelompok.




  • Pendekatan dan kaedah Terapi Realiti digunakan secara konkrit , jelas dan realistik dimana ia boleh menampilkan keberkesanan dan dinilai terutamanya apabila kontrak dibuat dan dipersetujui oleh kaunselor dan klien.


  • Terapi Realiti juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan secara sistematik dan realistik oleh klien dengan bantuan kaunselor sebagai panduan dan penyelesaian masalah.

  • Terapi ini telah memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir secara rasional , menilai dan menentukan dan membuat keputusan sendiri.Terapi ini telah menggunakan  jangka masa yang pendek untuk membantu klien kalau dibandingan dengan teori- teori yang lain seperti psikoanalisis dan pemusatan insan. Banyak kenyataan telah dibuat oleh beberapa penulis yang menyokong kelebihan terapi ini.

Sunday, 20 May 2012

Chronology of William Glasser






Kronologi kehidupan WILLIAM GLASSER , Tokoh Terapi Realiti 

Glasser menekankan bahawa manusia melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya melihat dunia seperti yang sebenar.Terapi realiti menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasab,boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut.Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing,thinking, feeling and psychology.Keadaan ini bermaksud klien bertanggungjawab membuat pilihan yang diingini dan yang difikirkan , dirasai dan dialaminya secara fizikal.