KONSEP UTAMA

KONSEP UTAMA TERAPI REALITI

Pandangan Tentang Kejadian Manusia.

3 andaian terhadap kejadian manusia berdasarkan Terapi Realiti iaitu :


  • Manusia berfungsi pada tahap sedar tanpa dipengaruhi oleh kuasa yang tidak sedar.
  • Dalam diri manusia ada dorongan yang sihat dari segi fizikal dan psikologi.Bentuk  fizikal merupakan makan , minum dan tidur.Bentuk fpsikologi pula terbahagi kepada empat iaitu :
    • Rasa Kepunyaan.
    • Kuasa
    • Kebebasan
    • Keseronokan
  • Individu Mampu Menetukan Dirinya Sendiri dan Mengawal Diri.Menurut Glasser bagi  memperoleh harga diri seseorang perlu mempelajari cara memperbaiki diri sekiranya dia telah melakukan kesilapan.Sebaliknya seseorangt hendaklah memuji diri juka melakukan sesuatu yang betul.


Amir Awang ( 1987 ) menyatakan Terapi Realiti berbeza dengan teori-teori kaunseling dan psikoterapi yang lain kerana ia tidak mempunyai konsep tertentu.Diantaranya ialah :
  • Terapi Realiti menekankan tingkah laku yang tidak siuman disebabkan pengabaian tanggungjawab.Menurutnya,apabila individu itu tidak melaksanakan tanggungjawab maka timbul tingkah laku bilazim.
  • Terapi ini  memberi penekanan  kepada tingkah laku  dan bukannya perasaan dan sikap.Menurutnya apabila tingkah laku itu berubah maka perasaan dan sikap turut berubah.
  • Terapi Realiti juga menekankan aspek-aspek positif seperti potensi individu,kejayaan,kelebihan dan kualiti positif yang ada pada individu.
  • Terapi ini menitikberatkan tanggungjawab.

No comments: