Monday, 21 May 2012

Lagi tentang Terapi Realiti


RINGKASAN REALITI TERAPI



Manusia memilih tingkah laku yang mempunyai tujuan dam memenuhi nlima asas utama iaitu:
kelangsungan hidup,rasa ingin dipunyai,mempunyai kuasa,kebebaan dan keseronokan.


Motivasi bermula dari keinginan sekarang dan disini untuk memenuhi satu atau lebih dari sumber-sumber tingkah laku.Motivasi yang paling penting ialah untuk mengekalkan serta membentuk perhubungan dengan manusia lain.

Matlamat

·        Menggalakkan klien bermotivasi,bertanggungjawab terhadap rancangan tindakannya kearah perubahan tingkah laku membina identiti yang berjaya.

·        Membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya. 

·        Membantu klien mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang ada di sekelilingnya dan juga bentuk-bentuk halangan –halangan yang wujud. 

·        Membantu klien agar mantap dari segi psikologi dan lebih rasional dalam mebuat tindakan dan pemikiran.

·         Membantu klien mencari jalan yang lebih  berkesan bagi memenuhikeperluan mereka dari segi  kepunyaan,kebebasan,berkuasa dan berseronok. 

·        Memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien meningkatkan kesedaran itu.

·        Membantu individu dalam menentukan dan menperjelaskan tujuan-tujuan mereka. 




Proses perubahan.

§  Perubahan berlaku apabila klien dihubungkaitkan dengan kaunselor dengan ahli terapi apabila berrlaku hubungan  yang terapeutik.

§  Klien mengalami satu perhubungan yang efektif dan menyumbangkan kepada perubahan jika kaunselor berkemahiran dalam membantu klien dalam menjelaskan keinginan,menilai  tingkah laku dan membuat perancangan efektif.Klien belajar bahawa walau apa pun masalah yang terjadi, mereka sentiasa ada pilihan.

Intervensi

v Formula WDEP merumuskan pelbagai intervensi oleh kaunselor dan ahli terapi.

v Mereka membantu klien mengenal pasti dan menjelaskan keinginan spesifik,termasuk apa yang mereka kehendaki dari proses kaunseling.


v Kaunselor atau ahli terapi membantu klien untuk menjelaskan setiap aspek tingkah laku dan menilai kesesuaian keinginan dan keberkesanan tingkah laku antara mereka.

v Mereka kemudian membantu klien formulasi rancangan yang boleh dilakukan untuk memenuhi keinginan.

^_^

No comments: