Glasser menyatakan terdapat 8 langkah dalam proses Terapi Realiti :
LANGKAH 1 : Keterlibatan
Kaunselor mesti menjalankan hubungan baik dengan klien.Kaunselor hendaklah mesra,empati dan dapat memberikan perhatian kepada klien.Keterlibatan kaunselor perlu ada batasan.
Langkah 2: Fokus kepada tingkah laku semasa.
Walaupun tingkah laku dan perasaan saling berkait rapat, namun tumpuan kaunselor hendaklah kepada tingkah laku semasa klien.Tingkah laku diberi tumpuan kerana ia merupakan perkara yang lebih mudah diperbetulkan oleh klien.
Langkah 3: Fokus terhadap masa sekarang.
Terapi ini tidak melihat pengalaman lampau tetapi masa lampau hanya dibincangkan untuk membantu :
- Pembinaan sikap pengalaman lampau sebagai hubungannya dengan masa kini.
- Mengenalpasti alternatif yang membina untuk klien buat pilihan.
-
Menentukan kenapa klien memilih tingkah laku yang tidak membawa
beliau kepada lebih banyak masalah. Terapi ini percaya bahawa tingkah
laku semasa dapat diubah.
Langkah 4 : Menilai kendiri
Klien diberi tanggungjawab menilai tingkah laku sendiri. Kaunselor hanya memberikan perangsang dan panduan.
Langkah 5 : Membuat Pelan
Pelan dibuat untuk membantu klien. Alternatif dipilih dan
langkah-langkah yang perlu untuknya mencapai objektif itu disenaraikan.
Pelan ini dinilai dan disemak dari semasa ke semasa.
Langkah 6 : Komitmen
Langkah ini perlu ditekankan sewaktu pertemuan awal supaya apabila
klien diminta menjalankan atau melaksanakan pelan perubahan tingkah
lakunya maka dia sudah bersedia.
Langkah 7 : Tidak menerima sebarang alasan
Kaunselor
tidak patut menerima sebarang alasan klien yang tidak dapat
melaksanakan pelannya tidak juga harus memarahi klien. Kaunselor harus
meminta klien membuat komitmen yang baru untuk memenuhi tanggungjawabnya.
Langkah 8 : Hapuskan dendaan
Hukuman dan dendaan tidak termasuk dalam terapi ini tetapi adalah elok
sekiranya klien dapat merasakan kerugian apabila dia gagal
menyempurnakan tanggungjawabnya terutama sekali dalam mengubah tingkah laku yang negatif.
No comments:
Post a Comment